JOHOR BAHRU: Bahang pilihan raya yang baharu sahaja reda di enam negeri kini beralih ke negeri 'Harimau Selatan' apabila pertarungan merebut kerusi Parlimen Pulai, di sini, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Muar, bermula dengan hari penamaan calon esok.
Proses penamaan calon yang bermula pada 9 hingga 10 pagi itu, bakal diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, bagi Parlimen Pulai, manakala untuk kerusi DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.
Menurut Pejabat Pilihan Raya Johor, setakat ini 22 set borang pencalonan telah dijual kepada beberapa parti politik termasuk parti Amanah, Pas, Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.
PRK di dua kawasan itu dijangka akan menyaksikan persaingan sengit apabila Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan dua anak didik Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, penyandang bagi dua kerusi kawasan itu, menentang dua calon Perikatan Nasional (PN).
PH telah menamakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu, menentang bakal calon PN Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.
Sementara itu, di DUN Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman yang merupakan seorang jurutera, menentang calon PN Dr Mohd Mazri Yahya, seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular.
Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi difahamkan turut akan mencuba nasib untuk menjadi Ahli Parlimen apabila telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas.
PRN ini diadakan susulan kematian penyandang kedua kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, merupakan Timbalan Presiden Amanah, penyandang kedua-dua kerusi berkenaan buat kali kedua, yang juga satu-satunya kerusi Amanah di Negeri Johor.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac tahun lepas, Pakatan Harapan (PH) memenangi 13 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) menguasai DUN Johor dengan 40 kerusi, dan Perikatan Nasional tiga kerusi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas, PH memenangi 15 kerusi parlimen dengan Amanah memenangi dua kerusi daripada itu, selain Barisan Nasional (sembilan) dan PN (dua).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Setakat ini 22 set borang pencalonan telah dijual kepada beberapa parti politik termasuk parti Amanah, Pas, Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.- Gambar hiasan/BERNAMA
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Ahli politik Britain menang PRK dengan kempen pro-Palestin
Ahli politik Britain George Galloway meraih kemenangan besar dalam PRK bagi kerusi Parlimen Rochdale dengan menjadikan sokongan terhadap Semenanjung Gaza sebagai modal kempen pilihan raya.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.